fa, wa dan si chomel ku sayang ....

Just Behind Your Kitchen

November 19th, 2008

From Fadhlullah Abd Rahman


Bersihkan belakang rumah anda !!

Semalam tengah shot shot gambar kat belakang rumah … ada sekor nyamuk yang sangat besar. Memang musim nyamuk dah kot. Yang menariknya, Nyamuk ni tengah makan serangga lain. First time nampak. So, project lepas balik jepun …. insyaAllah, kena kemas belakang rumah. (Tunggu kakniim balik, hehehe)


dsc_6105-kecik.jpg

Taken using; D90 Tamron SP90mm Macro.


Salam,

Uncategorized

Walimah Ayu ~ Kuala Kangsar

November 19th, 2008

 Bismillah..

Inilah entry yg ditunggu2 (kot!) hehe.. ate bak kate dijah “kamera panjang” so kene la upload gambo kwn2 aku nih! hehe.. mase kenduri tu mmg best betul! tp maaf le ayu, tak dpt tunggu lame.. yg peliknye tak jumpe pun pengantin lelaki nye :) hehe.. airtu memang ramai yg dtg.. ate boleh pecah kg. semat dibuatnye.. bebudak lelaki ramai gak yg dtg.. tp deme cam segan jek nk sembang ngn aku.. heii kome ni la kan! ate nk jadi mak takleh nk sembang dah ke?! huhu.. tak sempat nk begambo pun ngn bebudak lelaki.. takpe la.. yg penting org lawa2 sumer ade! ramai betul dh bertunang, kawen yek! pasni ikut schedule jiyah, kenduri odah.. pastu yayat, imah, ajiz, n fauzan (wah!) bagusle.. semua nk menyempurnakan separuh iman.. InsyaAllah.. aku doakan kita semua bahagia.. :) ok, enjoy the pics! kalau lmbt sgt nk upload, besabo je le.. hehe


Travel

Serata Dunia …

November 18th, 2008

Alhamdulilah …. cuti sekolah bermula lagi. Rumah yang sunyi dah jadi bising. Walaupun adik bongsu tuh agak mendung sedikit. But better dari takde orang. Seorang seorang adik beradik gerak pergi belajar luar negara. Jumpa pun sekali sekala. Tapi, ok la … ada juga diaorg kirim gambar :)


Kak Sulong .. kat Aussie.

Kakniim


Adik adik kat London …..

shin syat


Yang kat Tunku Kurshiah …

hIDAYAH


Family

Amalan semasa mengandung..

November 18th, 2008

Memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat. Ibu yang hamil digalakkan banyak mengingati Allah supaya hatinya tenang dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Dengan ini diharapkan agar anak yang lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat melahirkan dengan tenang dan baik. Bapa juga digalakkan melakukan perkara yang sama ketika isterinya mengandung.Perempuan yang hamil juga digalakkan supaya banyak bermunajat ke hadrat Allah s.w.t dan memohon doa kepada-Nya semoga anak dalam kandungan sentiasa sihat dan agar dipermudahkan Tuhan bagi ibu tersebut.
Doanya :

 “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w”.

Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya. Perempuan yang sedang hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunnat, sentiasa menutup aurat.Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disunnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Ibu yang hamil juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas solat.

Memperbanyakkan membaca Al-Quran, ibu-ibu yang mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna bacaanya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A’raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.

Sentiasa berakhlak yang baik. Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentias menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepad jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demekianlah amalan yang dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.

Akhlak Suami kepada Isteri yang hamil
Sebagai suami pula, kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula di sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:

- sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.
- sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.
- jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam
- keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba
- mengingati keadaan manis dan jasa isteri.
- Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.
- jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.
- hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.
- bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.
- cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.
- berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat. Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.
- bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah.

Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil
- menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami
- menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.
- Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.
- jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
- hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.
- apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.
- berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.
- jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.
- jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.
- jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.
- jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.

Findings, Pavement of Life

Memang Respect …

November 18th, 2008

Hari Sabtu hari tuh balik ke Kuala Kangsar pasal ada majlis kahwin kawan Ainen. So, kita stop kat R&R Tanjung Malim, iye la, gerak dalam pukul 6:30 pagi kot.  So, seperti biasa, kat Tanjung Malim tuh snap few photo (pasal tempatnya cantik). Tetiba ada pulak orang melintas across NORTH-SOUTH HIGHWAY.


Satu .. dua ... tiga !!

Ok ok ok …. line clear

go !!

Pecut !! kereta tengah laju tuh …

bas laju

ops ops ops …..

selamat

Selamat … nasib baik.

Findings

baby 5 months!

November 14th, 2008

baby dah 5 months skrg nih! Alhamdulillah.. berpusing2 lak die bile die lapar/dahage.. bile dgr azan lagi pusing2.. InsyaAllah umi doakan baby jadi anak yg soleh, beriman, pemuda yg berjuang atas nama Allah dan berani.. Ameen..

baby! 

Family, Pavement of Life

umi n baby sangat kenyang!!

November 13th, 2008

Alhamdulillah… arini ade farewell utk Pek Mooi, one of Manager in RLS. lagi sorang nk pegi.. ramai betul yg nk cau.. heee.. kang ainen pun tergolong laks! hehe…  RLSians sumer pegi mkn dekat Seoul Garden, Kerinchi.. Ok la.. wa ingt mewah betul tmpt tu (dr luar tgk mcm exclusive la) tapi.. ok la, biase je la.. takde la rase cam mkn kt korea pun! ahaks! mcm buffet steamboat gitu, and ade BBQ.. tp byk betul mknan die! wa amik sikit jek, yg duk skali ngn meja wa yg amik byk, aleh2.. aku jugak kene ngabihkan! ye la, kang tak abes, die charge extra.. tp overall ok la, takde la mkn daging ngn salad takde la.. (mcm citer korea tu) hehe.. sorang RM30, tp rase tak baper baloi la :p Johnny lagi best! steambot die sedap! hehe..nnt nk try pegi mkn kat seafood Klang lak, member wa ckp sedap.. jom abang! *blink* oh ya, smlm kan baby teringin mkn rojak pasembor (ke umi die yg teringin).. semalam tak dpt jugak :( .. tp kt seoul garden tu ade! heehe.. ingt kot rojak korea.. rupenye bukan.. tp best jugak. oh oh byk sungguh kite mkn kan baby?! mlm ni mkn ringan2 ye.. (kang tgk ayah masak kari laks) adoii….. 

Family, Pavement of Life

raye..

November 13th, 2008

raye best!

A picture displays 1000 meanings

Family, Pavement of Life

Air Terjun di TTDI

November 13th, 2008

ad minggu lepas kita jogging kat Taman Tun Dr. Ismail DBKL Park (rasanya itu la nama dia). Agak jangkal juga pasal time time lepas hujan bawa kamera dan tripod semasa jogging.

Ainen dah lari ke depan dah, tak larat nak tunggu orang snap gambar.



Air kat air terjun tengah laju, so memang best nak tangkap gambar.

Kamera setting :
Lens : 18 - 200 VR
Filter : ND +8
Shutter : 2″ - 4″
ISO : 100
Shooting Mode : Vivid

On the way balik, ada la nampak few photographer tangkap gambar pengantin baru kat tepi air terjun.

Nak snap juga, tapi risau kena belasah tak tentu pasal :)



Travel

baby boy or girl?

November 12th, 2008

well.. my team mate dah start tanye.. “ainen, itu baby boy or girl aa?” then, i thought for a second to tell or not to tell (surprise la konon).. but end up, i was answering them excitedly “it’s a BOY!” hehe..

and surprisingly, ade one pregnant lady yg agak sedih.. sebab die nk baby boy, but bile dh scan baby girl.. tapi takpe la.. after all it’s your child.. whether boy or girl.. we just pray that he’s healthy and grow well.. kan baby?!

hari ni baby aktif di pagi hari + tengahari .. petang tak aktif..tido la tu.. Alhamdulillah.. baby dah masuk 22 minggu.. tetibe harini baby nk makan rojak pasembor lak! huhu.. mane nk cari?! menggaru kepale la cik abg! huhu…

Family, Pavement of Life